Segmen - Pemilihan Bloglist Hearty-Apple

Assalamualaikum.

Stick

Semenjak bulan Oktober lepas, blog ini masih belum ada bloglist. Jadi, hari ini saya ingin mengadakan 
Segmen - Pemilihan Bloglist Hearty-Apple
 Apple of My Eyes

Ikuti syarat-syarat mudah berikut :

  1. Buat post entri tentang segmen ni. Letakkan banner di atas dalam entri anda. Sertakan sekali kategori yang anda pilih. Anda hanya boleh memilih satu kategori. Lihat di bawah kategori yang disediakan.
  2. Lepas tu, letakkan link blog anda pada kotak komen entri ini.
  3. Lepas dah siap, follow blog ni.
Tarikh tutup segmen ini ialah pada  18.12.2011.
 Kesemua yang menyertai segmen ini akan dimasukkan ke dalam bloglist.
 Dua orang peserta bertuah akan dapat doodles rekaan Aishah, my sister.

Contoh doodle rekaanya, boleh dilihat di blognya..

 Bloglist akan dibahagi kepada tiga kategori.
1- Blog Tutorial
2. Blog Informasi
3- Blog Diari

Harap segmen pertama saya ini mendapat sambutan daripada pembaca sekalian. Kerjasama daripada anda sangat dihargai.

Assalamualaikum

Dasar 1 Murid 1 Sukan

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S)

PENGENALAN
Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui strategi (1) sukan untuk semua dan (2) sukan untuk kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid.  Bagi Sukan untuk kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan dibawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1Malaysia.
MATLAMAT
Dasar 1M1S berhasrat untuk ;-
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
OBJEKTIF
Dasar 1M1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut;
1 Meningkatkan kecergasan jasmani
2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3 Memupuk perpaduan di antara kaum
4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid
5 Memenuhi naluri semulajadi murid
6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

Jangan Main Dengan Api

Hoi, di sana..Assalamualaikum. Apa tajuk kita pada ari ni. Ha...tak nampak lagi ka..JANGAN MAIN DENGAN API. 


Ok, memang mula-mula kita boleh main dengan api tapi sebenarnya sapa yang tahu api ni boleh juga jadi pembunuh yang tidak akan pernah masuk lokap.


Contohnya waktu kebakaran. Semuanya berpunca dari kecuaian. Kita menganggap api ini perkara remeh. So, kita main dengan selambanya tanpa mengambil langkah berjaga-jaga. Ish2 teruknya. Ada sesiapa tak yang ingat peribahasa yang berkaitan dengan api ni. Saya dah lupa la. Amklumlah banyak sangat benda yang diisi dalam kepala otak ni kan.

Pesanan terakhir sebelum tekan publish post, ingat api bukan mainan atau benda main.Sama ja lah. ok, tinggalkan ynag itu. Seterusnya, kalau berlaku kebakaran cepat-cepat telefon bomba. jangan panggilan palsu tau. Nanti penjenayah pulak yg gelak kat kita. Kuang-kuang-kuang. Akhir seklai, gunakan api sebaik mungkin dan jangan memandai-mandai nak masak pulak. Jangan perasan nak jadi chef wan. ok. Nanti x jadi chef wan pulak tapi hampehhh